Pengasas Lemang Pak Ali Meninggal Dunia
Orang-orang sekitar KL mesti tau kehebatan lemang Pak Ali kan! Bila musim raya, lebuhraya MRR2 sesak disebabkan ramai yang berhenti untuk mendapatkan Lemang Pak Ali yang diasaskan pada tahun 1990an itu...
Walaubagaimanpun, pengasas lemang Pak Ali iaitu Md.Ramli Abdul Rasip meninggal dunia akibat lelah kira-kira pukul 4 petang semalam di Hospital Ampang.
Allahyarham sebelum itu terjatuh di bilik air rumahnya di Kampung Pasir, Hulu Klang.
Allahyarham yang berusia 74 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Lembah Keramat dekat Hulu Klang, kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sebelum ini, Pak Ali dikatakan dimasukkan ke hospital selama beberapa hari akibat lelah namun dibenarkan keluar kelmarin.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Md.Ramli dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Pengasas Lemang Pak Ali Meninggal Dunia
Reviewed by CheritaMalaysia
on
4:01 PM
Rating:
No comments