Undi awal diadakan pada hari ini. #PRKKualaKangsar
Farizah
foto: Jabatan Penerangan Malaysia
foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Seramai
312 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota polis layak menunaikan
tanggungjawab mereka pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Kuala Kangsar, hari ini.
Proses
pengundian awal itu diadakan di dua pusat pengundian iaitu di Dewan Tun Salleh
Ismael, Kompleks Perumahan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dan
Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.
Seramai 292 pemilih layak mengundi di Pusat
pengundian awal di Dewan Tun Salleh yang akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang sementara di pusat pengundian awal di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong pula dibuka
8 pagi hingga 2 petang di mana seramai 20 pemilih layak untuk mengundi.
Sekitar senario undi awal di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar
Undi awal diadakan pada hari ini. #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
12:00 PM
Rating:
No comments