Tarikan Seksual Menurun?? Cuba Ini!
Semakin lama sesebuah perkahwinan, pastinya semakin mencabar. Terutamanya dalam mengekalkan tarikan seksual antara suami isteri. Tapi jangan ambil remeh perkara ini sebaliknya ada beberapa tips yang boleh diambil untuk mengembalikan daya tarikan diri.
1. Bersenam
- Apabila anda selalu bersenam, badan akan jadi lebih sihat dan minda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda untuk seks sentiasa ada kerana anda sentiasa dahagakan sensasi daripada hubungan intim tersebut.
- Bersenam bukan semata-mata untuk bentuk badan ideal dan kesihatan fizikal sahaja, malahan bersenam untuk kesihatan seks anda, mengembalikan bentuk badan seksi dan keghairahan pada pasangan.
2. Fokus untuk memuaskan pasangan
- Semasa bersama, anda fokus untuk memuaskan pasangan atas dasar cinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan tarikan seksual sentiasa ada.
3. Jaga penampilan diri tampil seksi
- Ketika di rumah, pakailah pakaian yang boleh merangsang pasangan.
- Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan supaya pasangan sentiasa suka dengan anda. Sungguhpun anda seorang suri rumah, bersiap untuk pasangan itu penting.
4. Jangan anggap diri tua
- Sentiasa anggap diri anda muda untuk melakukan hubungan seks. Ada dalam kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual antara satu sama lain kerana mereka rasa sudah tua untuk melakukan hubungan seks.
- Seks tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa anda suka asalkan keinginan, semangat dan daya tarikan itu ada. Jadi kenapa perlu usia dijadikan alasan untuk tidak melakukannya.
5. Sentiasa senyum
- Sentiasa maniskan wajah anda dengan senyuman manis. Kalau asyik bermasam muka apa pun tidak menjadi disebabkan gangguan pada psikologi.
6. Ikhlas
- Ikhlaskan diri melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anda dan juga pasangan. Apabila anda ikhlas semuanya akan menjadi mudah dan anda akan kelihatan lebih seksi serta menawan disebabkan dalaman anda
Kalau rasa-rasa dah lama tak praktikkan semua perkara kat atas ni, mula kan lah semula sebelum terlambat. Semoga tips ini berguna untuk 'menarik' semula pasangan kepada anda!
Sumber: Mingguan Wanita
Tarikan Seksual Menurun?? Cuba Ini!
Reviewed by CheritaMalaysia
on
1:54 PM
Rating:
No comments