Perusahaan Labu Sayong ke peringkat antarabangsa #PRKKualaKangsar
Farizah
Foto: Wira/Azizi
Perusahaan labu sayong semakin mendapat sambutan yang
menggalakkan dan rekaannya yang unik berpotensi besar untuk diketengahkan ke
peringkat antarabangsa.
"Perusahaan yang dijalankan secara tradisional ini boleh dinaiktaraf
menggunakan teknologi yang lebih moden supaya dapat menghasilkan hasil yang
lebih banyak dan lebih baik untuk dipasarkan di pasaran luar", ujar Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Rosni Zahari,
Dato' Rosni bersama salah seorang penduduk kampung, Jama'iah Salleh, 74 tahun, yang dikenali sebagai Opah. |
Mencuba menghasilkan tembikar menggunakan mesin. |
Beliau berkata sedemikian ketika menghadiri Program Bersama Para
Pengusaha Wanita di Koperasi Sayong,
Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar pagi tadi.
“Majoriti pengusaha yang ada di kampung ini adalah wanita.. Pendapatan utama mereka adalah mengusahakan labu
sayong. Di Kepala Bendang ini sahaja ada
18 orang pengusaha labu sayong,”
katanya.
Menghasilkan tembikar secara manual. Puan Majenah Sulaiman (bertudung merah jambu) mengusaha labu sayong yang dibuat secara manual. |
Labu Sayong merupakan kegiatan perusahaan seni tembikar
tradisional yang menjadi salah satu daya tarikan bagi daerah Sayong, Kuala
Kangsar, Perak. Dengan kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka
terbentuklah tembikar daripada tanah liat yang memaparkan keindahan warisan
tradisi.
Melalui proses uli, terap, asap dan dibakar, akhirnya tanah liat
dibentuk menjadi sesuatu yang sungguh berseni dengan rekaan corak permukaannya
dihiasi dengan motif alam sekitar eperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga
cengkih dan lain-lain.
Labu Sayong bukan sahaja indah dipandang, malah memiliki
keistimewaannya yang tersendiri iaitu airnya yang sejuk dan dipercayai boleh
menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Selain itu, ia juga digunakan sebagai bekas
air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Labu Sayong menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta
teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif alam
sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga
calaran-calaran geometrik yang harmoni.
Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana
penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika
barangan tembikar itu.
Perusahaan Labu Sayong ke peringkat antarabangsa #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
4:39 PM
Rating:
No comments