Pembinaan Jambatan Manong beri kegembiraan #PRKKualaKangsar
Pengumuman kelulusan peruntukan RM43.5 juta bagi membina
jambatan dan jalan di sekitar Manong bukan sahaja memenuhi satu daripada agenda
calon Barisan Nasional Pilihan Rakyat Kecil P.067, Datin Mastura Mohd Yazid
malah merupakan impian suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar
Wan Ahmad, ketika hayatnya.
foto kredit: UtusanOnline |
Pembinaan yang menghubungkan Kampung Seberang Manong ke
Pekan Manong tersebut bertujuan untuk memudahkan 2,000 orang penduduk untuk
berulang-alik. Yang sebelum ini terpaksa menggunakan perkhidmatan bot
penambang.
Rata-rata perkara ini disambut baik oleh penduduk kampung
kerana ia dapat memudahkan pergerakan ke bandar Kuala Kangsar untuk melakukan
pelbagai urusan di samping dapat memendekkan masa perjalanan penduduk ke Pekan
Manong atau ke bandar Kuala Kangsar.
Pembinaan jambatan itu akan disertakan dengan pembinaan jalan sepanjang tiga kilometer di sekitar kawasan tersebut.
Pembinaan Jambatan Manong beri kegembiraan #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
8:00 AM
Rating:
No comments