#PRKKUALAKANGSAR : Pengundi Luar Tidak Balik Disebabkan Ramadan



Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar sehingga semua 23 pusat pengundian ditutup tepat 5 petang tadi adalah sebanyak 71 peratus.


Pegawai Pengurus PRK Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria peratusan berkenaan adalah rendah berbanding sasaran 75 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRK Kuala Kangsar.



Peratus ini rendah mungkin disebabkan ramai pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi memandangkan sekarang bulan Ramadan/




Semasa Pilihan Raya Umum ke-13, peratusan keluar mengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah 84.3 peratus.



Beliau berkata peratusan keluar mengundi sebanyak 71 peratus itu merangkumi pemilih biasa dan pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 14 Jun lepas.


Terdapat 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK Kuala Kangsar dengan 32,632 merupakan pengundi biasa, 312 (pengundi awal) dan lima lagi pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.


Sumber : Bernama
#PRKKUALAKANGSAR : Pengundi Luar Tidak Balik Disebabkan Ramadan #PRKKUALAKANGSAR : Pengundi Luar Tidak Balik Disebabkan Ramadan Reviewed by CheritaMalaysia on 8:15 PM Rating: 5

No comments