BEKAS SAMSENG BOLEH JADI JUTAWAN?
Mohd Zukermi Edi, seorang bekas samseng, sepatutnya menjadi idola kepada ramai anak muda yang masih dalam kesesatan mencari kenikmatan hidup.
Seawal usia 14 tahun, beliau telah bergiat dalam pelbagai aktiviti kurang sihat termasuk mencuri. Natijahnya, pada usia 19 tahun beliau telah dihukum buang daerah mengikut Ordinan Darurat akibat kesalahan menyertai Kongsi Gelap.
Detik tersebut menjadi permulaan kehidupan gelapnya. Dibuang daerah ke Rembau, Negeri Sembilan yang jauh dari keluarga di Puchong, menyebabkan kehidupan remaja ini tidak terurus.
2 tahun dalam kegelapan, beliau melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan. Malam tidur seperti gelandangan. Stesen Bas dan surau menjadi tempat utama melabuhkan tirai malam dan melelapkan mata menanti pagi.
Kesedihan bertambah apabila keluarganya di Puchong juga tidak mahu berhubung dengannya.
Namun semua ini hanyalah cabaran sementara dalam mencari sinar kehidupan. Selepas tamat tempoh hukuman 2 tahun, Zukermi kembali ke ibu kota. Namun kota raya tidak memberikan apa-apa yang indah untuk dilunaskan. Beliau bertindak kembali ke Rembau.
Suatu hari, sewaktu melepak di cafe siber, beliau mendapat ilham untuk menjual produk di internet. Keputusannya ini tepat. Dengan barangan pertama, produk kesihatan lelaki, beliau mendapat sekurang-kurangnya 3 pelangan sehari. Kemudian, lelaki cekal ini mencuba menjual produk sabun anti jerawat. Perniagaannya semakin berkembang.
Zukermi mengembangkan lagi perniagaan dengan menjenamakan sabun anti jerat tersebut dengan jenamanya sendiri, MZ Secret Soap. Tanpa memandang ke belakang, perniagaannya semakin mendapat sambutan.
Kejayaan ini turut dikongsi bersama keluarga. Dengan kereta pertama dibeli, Proton Perdana, beliau kembali ke rumah. Pada awalnya keluarga tidak percaya dengan kejayannya. Malah dituduh kesenangan tersebut hasil jualan dadah. Namun, apabila diterangkan dengan bukti keratan akhbar, keluarga beliau mempercayai dan bangga dengan kejayaannya yang kini telah bergelar jutawan.
Ini hanyalah secebis kisah rakyat Malaysia. Anda ada cerita? Emelkan di cheritamalaysia@gmail.com untuk kita kongsikan bersama.
BEKAS SAMSENG BOLEH JADI JUTAWAN?
Reviewed by CheritaMalaysia
on
12:52 AM
Rating:
