Kenali apa itu edah. #PRKKualaKangsar
Masih ramai yang mempertikaikan
keadaan calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil P.067, Datin Mastura Mohd
Yazid yang tidak dapat keluar berkempen kerana sedang menjalani tempoh edah
kerana kematian suaminya yang juga penyandang kerusi P.067, Allahyarham Datuk
Mohammad Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang maut akibat nahas helikopter di
Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei yang lalu.
Malah isu yang ditekankan di dalam Islam
ini seolah-olah dipandang remeh dan dijadikan sebagai bahan sesetengah pihak
untuk ‘menjatuhkan’ beliau.
Edah Iaitu tempoh menunggu bagi isteri
yang diceraikan atau kematian suami sebelum dibolehkan berkahwin dengan lelaki
lain sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah ; atau berkabung kerana
berpisah dengan suami ; atau untuk memastikan isteri tidak mengandung anak
bekas suaminya.
Dalam tempoh tersebut juga, isteri
mesti memakai pakaian yang gelap, tidak bersolak, dilatrang keluar rumah
(kecuali urusan yang penting/kecemasan), tidak memakai wangi-wangian dan
sebagainya.
Oleh itu, sebagai umat Islam, haruslah kita tahu dan memahami keadaan seseorang yang baru kematian suami dan sedang menjalani tempoh edah selama 4 bulan 10 hari seperti situasi yang dialami oleh Datin Mastura kerana itu adalah 'syarat' yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan kita mempermain-mainkan 'syarat' itu.
Sumber mengenai edah:
Portal Masjid Wilayah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kenali apa itu edah. #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
10:00 AM
Rating:
No comments