Dulu kekok, kini seronok. #PRKKualaKangsar

Mulanya mereka berasa kekok, tetapi kini mereka mula rasa seronok bergaul dengan masyarakat setempat selepas seminggu mereka berkempen untuk ibu mereka, Datin Mastura Mohd Yazid.

Anak kedua, Wan Imar meluahkan perasaan gembira apabila kehadiran dia dan adik-beradiknya yang lain iaitu Wan Emir,Wan Iskandar dan Wan Amar disambut baik oleh para penduduk.

Malah katanya lagi, program turun padang ini bukanlah perkara yang baru buat mereka kerana sejak kecil mereka telah dididik dan diterapkan dengan aktiviti kemasyarakatan.

“Saya kini lebih memahami tugas dan tanggungjawab wakil rakyat selepas berada di barisan hadapan kempen.”

kredit:freemsiatoday
Arwah bapanya sering bercerita mengenai aktiviti bersama masyarakat dan sering dibawa ke kawasan atau kampung agar lebih rapat dengan penduduk.


“Arwah berbuat demikian supaya kami tahu dan belajar nilai serta kualiti kehidupan masyarakat kampung kerana bapa sendiri berasal dari kampung,” kata Wan Imar.


Wan Imar turut merakamkan satu lagu "Pinggiran Syurga" yang dirakam khas buat arwah bapanya sempena sambutan Hari Bapa pada 18 Jun ini yang juga merupakan tarikh hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil P.067 Kuala Kangsar.
Dulu kekok, kini seronok. #PRKKualaKangsar Dulu kekok, kini seronok.   #PRKKualaKangsar Reviewed by CheritaMalaysia on 11:00 AM Rating: 5

No comments