Pengepam Beg Udara Honda Perlu Diganti


Pemilik kereta Honda di Malaysia bolehlah hantar semula kereta anda ke mana-mana pusat Honda bertauliah. 

Ini kerana Honda Malaysia hari ini memanggil semula 147,894 unit kenderaan Honda bagi menggantikan pengepam beg udara penumpang hadapan.

Model kenderaan yang terbabit dalam panggilan semula ini mengikut tahun pengeluaran adalah Accord (2003-2011), City (2009-2011), Civic (2007-2011), CR-V (2008-2011), Freed (2009-2011), Insight (2011), Jazz (2009-2011) dan Odyssey (2004-2008). 

Semua model jualan semasa bagaimanapun tidak terjejas.

"Semua pengguna yang terbabit akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan, yang akan termasuk butiran panggilan semula itu. Pengguna yang menerima pemberitahuan dinasihatkan membawa surat dan kenderaan itu ke pusat Honda bertauliah untuk diperiksa. Kerja penggantian akan dilaksanakan sebaik saja alat ganti disediakan. Caj alat ganti dan buruh berhubung panggilan semula ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia." 

Pemilik Honda juga boleh memeriksa status panggilan semuka kenderaan dengan membuat panggilan ke nombor Bebas Tol Honda 1-800-88-2020, melayari www.honda.com.my atau melawat mana-mana pusat Honda bertauliah.


Sumber : Berita Harian

Pengepam Beg Udara Honda Perlu Diganti Pengepam Beg Udara Honda Perlu Diganti Reviewed by CheritaMalaysia on 12:12 PM Rating: 5

No comments