Ramainya Yang Mengiringi Jenazah Tuan Guru Haji Salleh
Subhanallah, ramai sungguh orang mengiringi jenazah tokoh ulama Kedah, Salleh Musa atau lebih dikenali Tuan Guru Haji Salleh.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Ar-Rahman, Pekan Sik, tengah hari tadi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Madrasah Ar-Rahmaniah sebelum dibawa ke tanah perkuburan dan dikebumikan jam 1.30 tengah hari.
Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia pada usia 87 tahun di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat sakit tua, malam tadi.
Tuan Guru Haji Salleh yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Pondok Kedah pada 2010 dianggap antara tokoh ulama ternama negeri, khususnya dalam bidang Tauhid sehingga sering kali menjadi rujukan banyak pihak.
Selain itu, arwah yang mendapat pendidikan awal di Pondok Pak Chu Him Gajah Mati di Pendang sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Ulum di Makkah, turut menerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada 2009 dan Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011.
Arwah juga mendalami ilmu di Masjidil Haram bersama ulama terkemuka seperti Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.
Semoga roh Tuan Guru dicucuri rahmat, Al-Fatihah....

Reviewed by CheritaMalaysia
on
4:58 PM
Rating:
No comments