The Real Superheroes (Superman pun tak mampu lawan)




TUAN Bahadon Baharom adalah pegawai polis paling digeruni di Kuala Lumpur di era 80'an kerana berjaya menembak mati ramai penjenayah hardcore, penculik, gangster kongsi gelap, perompak dan sebagainya. Beliau sampai digelar 'Malaikat Maut' oleh musuh-musuhnya. Antara jasa besar beliau ialah terlibat dalam operasi memburu penjenayah P. Kalimuthu@Bentong Kali. Malah ada yg mengatakan lebih 100 penjenayah maut di hujung senjatanya. Kerana terlalu dibenci, keluarganya sendiri hampir2 menjadi mangsa balas dendam penjenayah. Beliau meninggal beberapa tahun lepas kerana kanser.

Tuan S. Kulasingam antara pegawai polis yang paling hebat pernah dimiliki PDRM.Beliaulah yg mengetuai operasi pemburuan penjenayah Botak Chin dulu. Dia pernah ditembak oleh konco2 Botak Chin di trafic light. Beliau pernah disimbah asid oleh perompak, perutnya pernah bocor ditembak perompak kedai emas dan bermacam lagi. Kerana tidak mahu penjenayah mencederakan/ membalas dendam terhadap orang yg disayanginya, dia mengambil keputusan membujang sampai ke tua. Dia meninggal dunia dalam rumah lamanya di Johor Bahru beberapa tahun lalu.

Mejar Zainal Abd. Rashid dan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15 pengganas komunis setelah mengekori pergerakan mereka. Setelah membunuh dua pengganas komunis dengan tembakan, Mejar Zainal meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata semangat agar anggotanya terus berjuang. Di masa itu seorang pengganas komunis wanita yang tercedera telah membaling sebutir bom tangan hingga menyebabkan tubuh Mejar Zainal terpelanting dan menyembah bumi. Namun dia masih berjaya meniupkan semangat hingga anak buahnya dapat membunuh enam daripada 15 orang pengganas. Namun Mejar Zainal mengalami kecederaan yg terlalu parah dan akhirnya menghembus nafasnya yang terakhir di lokasi pertempuran.

Pada 14 April 1981,Inspektor Paul Kiong bersama anggota dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak telah menyamar sebagai pengganas komunis dalam OPS CATFISH dan telah menangkap hidup-hidup 13 pengganas komunis termasuk ketua mereka Cheong Kuen daripada 9th Armed Work Force (AWF) di Tanah Hitam,Di antara tahun 1976 hingga 1986 beliau telah menangkap seramai 43 orang pengganas komunis! Dalam satu operasi lain, Paul telah menembak lima pengganas komunis yang menyerang hendap pasukannya

Hari ini adalah Hari Pahlawan...Bahadon, Kulasingam, Zainal dan Kiong adalah antara ribuan pahlawan di luar sana yang ramai di antara kita tak tahupun siapakah mereka!

Sumber: fb Syahril A Kadir
The Real Superheroes (Superman pun tak mampu lawan) The Real Superheroes (Superman pun tak mampu lawan) Reviewed by CheritaMalaysia on 6:00 PM Rating: 5

No comments