Kecewa sesetengah pihak berkempen secara kotor #PRKKualaKangsar
oleh FI
YB Mohamad Kamil Shafie, ADUN Kawasan Manong N35 kecewa dengan sesetengah pihak yang tidak menghomati bulan Ramadan kerana berkempen dengan cara yang kotor.
"Sebelum ini tidak pernah berlaku perkara-perkara yang sebegini di Kuala Kangsar, tetapi dengan kewujudan parti-parti baru seperti PAN ini telah melangkaui batasan perkauman, telah melangkaui batasan agama, apatah lagi kita sedang berada di dalam bulan Ramadan di mana kita perlu berkempen dengan cara yang berhemah," katanya.
Banyak banner-banner dan bilboard berunsur fitnah di mana salah satunya mempersoalkan di mana Jambatan Manong, sudah tiga kali pecah tanah sedangkan perkara tersebut (pecah tanah) tidak pernah berlaku.
"Jelas ada golongan tertentu yang cuba menimbulkan isu untuk menaikkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat." tambah beliau ketika ditemui dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Media Kuala Kangsar jam 3.00 petang tadi.
Kecewa sesetengah pihak berkempen secara kotor #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
4:04 PM
Rating:
No comments