Budak Tersepit Kemaluan Masih Trauma


Mohd Rohaizat Abd Rahman, 3 tahun yang kemaluannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di Bagan Serai masih trauma dan serik dengan kejadian yang menimpanya. 

Bapa tirinya, Mohd Rohizan Mohd Radzi, 22, berkata Mohd Rohaizat sudah dibenarkan keluar dari Hospital Taiping semalam selepas keadaannya dilaporkan semakin pulih dan stabil. 

"Sepanjang terlantar di rumah jika ada yang mengusiknya dan ajak dia ke sana (pusat beli belah), dia jerit `tak mau tak mau' dan berjanji tidak akan duduk di atas tangga eskalator lagi. Dia langsung tidak membenarkan orang melihat jahitan pada alat sulitnya kerana malu dan masih teringat peristiwa itu." 

Mohd Rohizan berkata, anaknya kini sudah mampu tersenyum dan terpaksa berehat untuk beberapa minggu lagi sebelum berjalan semula kerana dia sudah pun dikhatankan berikutan luka yang dialaminya. 

Sumber: Berita Harian

Budak Tersepit Kemaluan Masih Trauma Budak Tersepit Kemaluan Masih Trauma Reviewed by CheritaMalaysia on 6:04 PM Rating: 5

No comments