#PRKSungaiBesar : Kenaikan Kadar Gred Potongan Padi Bukan Isu.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mejawab soalan media di Sungai Besar. |
Potongan tersebut tidak dapat dielakkan ekoran beberapa faktor terutama jerebu berpanjangan yang melanda negara tidak lama dahulu.
Demikian reaksi balas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas isu tersebut.
Tambah beliau lagi, kerajaan telah mengambil langkah bagi menampung kerugian pesawah dengan memperkenalkan skim insentif input pertanian.
"Ramai yang tidak sedar. Sejak Mac lalu kita sudah masukkan ke dalam akaun mereka insentif RM50 (bagi setiap tan padi) termasuk tunggakan." ujar beliau dalam sidang media selepas melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini.
#PRKSungaiBesar : Kenaikan Kadar Gred Potongan Padi Bukan Isu.
Reviewed by CheritaMalaysia
on
11:11 AM
Rating:
No comments