EURO 2016 : Juara Dunia Dipaksa Bekerja Keras Sebelum Menang.
Aksi Bastian Schweinsteiger ketika menjaringkan gol kedua German ketika bertemu Ukraine. |
PARIS, 13 Jun - Sebelum berjaya menjinakkan Ukraine 2 - 0, juara dunia, Jerman terlebih dahulu dipaksa bekerja keras oleh anak buah Mykhailo Fomenko pada aksi pertama kedua-dua pasukan dalam Kumpulan C EURO 2016 di sini.
Jerman di hadapan apabila Shkodran Mustafi menanduk masuk bola mencecah jaring Ukraine pada minit ke 19. Sejurus kemudian Jerman menerima asakan demi asakan dari pasukan lawan. Walau bagaimanapun penjaga gol, Manuel Neuer dan barisan pertahanan skuad bimbingan Joachim Loew bertindak cemerlang menafikan setiap percubaan Ukraine.
Babak kedua, Jerman bangkit dan kembali menguasai permainan. Hasilnya pada masa kecederaan, pemain gantian, Bastian Schweinsteiger menggandakan jaringan menerusi sepakan separuh voli.
EURO 2016 : Juara Dunia Dipaksa Bekerja Keras Sebelum Menang.
Reviewed by CheritaMalaysia
on
11:44 AM
Rating:
No comments