Punca Kematian Menantu TPM Masih Belum Dikenal Pasti


Doktor yang menjalankan rawatan gigi terhadap menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi telah memberi keterangan kepada Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut undang-undang Kawalan Amalan Perubatan Swasta. 

Bagaimanapun, punca kematian belum dikenal pasti dan siasatan masih lagi dijalankan.

Datuk Syed Alman meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar, 1 Jun lalu.

Isnin lalu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan kes kematian Syed Alman Zain, 44, dijangka dilengkapkan dalam minggu ini.


Punca Kematian Menantu TPM Masih Belum Dikenal Pasti Punca Kematian Menantu TPM Masih Belum Dikenal Pasti Reviewed by CheritaMalaysia on 8:00 PM Rating: 5

No comments