Tiada Cuti Sekolah Tambahan Sempena Aidilfitri
Kementerian Pendidikan nafi memberikan cuti sekolah tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti
yang tersebar di media sosial.
Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang
disebarkan itu sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal
tahun ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan.
Tarikh
permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan.
Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa
kementerian mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena
Aidilfitri diberikan tambahan tiga hari.
Info - Cuti sekolah sempena Aidilfitri
* 3 hingga 9
Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
*
4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya.
Sumber: Berita Harian
Tiada Cuti Sekolah Tambahan Sempena Aidilfitri
Reviewed by CheritaMalaysia
on
10:20 PM
Rating:
No comments