PENDEDAHAN: Mereka jenis manusia ambil kesempatan! #PRKKualaKangsar
Farizah
Foto:
Wira
Para pengundi India
di Kuala Kangsar dinasihatkan agar jangan percaya racun yang disebarkan oleh
pihak pembangkang terutamanya DAP yang menyemai racun terhadap
pengundi-pengundi India.
Menurut Presiden
Nambikkai Kebangsaan, Kalai Vanar menerusi sidang media yang diadakan di Pusat
Media PRK Kuala Kangsar mendedahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, Lim
Kit Siang telah umumkan Deklarasi Gelang Patah di Johor Bahru yang menjanjikan 14 perkara kononnya khas
untuk orang India yang terpinggir di negara ini.
Presiden Nambikkai Kebangsaan, Kalai Vanar (duduk, tengah) bersama ahli-ahlinya yang lain. |
Menerusi deklarasi
itu, Lim Kit Siang telah mengeluarkan 14 enakmen yang kononnya akan dapat
menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh kaum India dalam masa 100 hari di dalam pentadbiran
mereka (DAP).
“Semua hanya janji
kosong dan penipuan besar. Sehingga kini
tiada satu pun tindakan yang mereka ambil,” ujar Kalai Vanar.
“Sekiranya, SEKIRANYA
pembangkang berjaya menjadi wakil rakyat, bagaimana peruntukan Barisan Nasional
mereka nak ambil. Maka yang akan merana
adalah penduduk pengundi-pengundi yang duduk di kawasan Parlimen Kuala Kangsar.”
“Pihak DAP sungguh racist, contohnya di Pulau Pinang, walaupun penduduk
terbesar di situ adalah kaum cina tetapi negara kita mengamalkan undang-undang sekular,
agama rasmi adalah agama Islam. Tetapi
di Pulau Pinang, DAP dan Lim Guan Eng sebagai Menteri Besar telah mencaci azan
yang berkumandang dari pembesar suara masjid dengan alasan tidak boleh
tidur. Ini amat memalukan dan sentimen agama. Jika Mat Sabu pun bersekongkol dengan DAP,
maka dia (Mat Sabu) yang beragama Islam turut bersetuju dengan Lim Guan Eng,”
tambahnya lagi.
Belia turut menegaskan DAP merupakan
golongan manusia yang suka mengambil kesempatan terutama apabila apabila
berlakunya perpecahan kaum Melayu.
Selain itu, papan
tanda dan poster yang dipasang oleh AMANAH berkaitan “Bebaskan Rakyat, Selamatkan Negara juga diragui. “Adakah selama ini rakyat tidak bebas? Ini
bukan Thailand atau Filipina yang sentiasa ada bunyi senjata, tembak-menembak dan
ada letupan bom. Selama ini kita yang
Melayu, India, Cina bebas ke mana-mana tanpa apa-apa masalah,” soal beliau.
Kalai Vanar turut
mendedahkan sikap Lim Kit Siang yang gemar bertanding tetapi tidak
pernah tetap di satu tempat.
“Macam Najib Pekan,
Pekan. Tengku Razaleigh Gua Musang, Gua
Musang. Tapi Lim Kit Siang dan Lim
Guang Eng dalam sejarah DAP tak pernah tetap satu tempat. Dari Ipoh Barat ke Johor. Dari Johor sana ke Pulau Pinang. Lim Guan Eng dari Melaka lari ke Pulau
Pinang. Bila menang, mereka tendang orang
tempatan. Mereka adalah jenis manusia
yang suka mengambil kesempatan.”
“Kami dengan rendah
diri memohon dan merayu kepada pengundi-pengundi India yang ada dalam 2,300 di Kuala Kangsar
ini supaya jangan terperdaya kepada mana-mana penipuan yang telah mereka janji. Ini semua acah-acah untuk memperbodohkan
orang ramai khususnya orang India . Ini semua adalah penipuan yang amat besar!,”
katanya sebelum mengakhiri sidang media.
PENDEDAHAN: Mereka jenis manusia ambil kesempatan! #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
2:17 PM
Rating:
No comments