EURO 2016 : Si Kerdil Yang Power.

Birkir Bjarnason (nombor 8) menjaringkan gol penyamaan
ketika menentang Portugal.
SAINT-ETIENNE, 15 Jun - Iceland, sebuah negara kepulauan kecil di Atlantik Utara dengan populasi 333,000 penduduk yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan besar hampir memalukan pasukan gergasi Eropah, Portugal apabila mampu seri 1 - 1 dalam aksi perlawanan kedua Kumpulan F EURO 2016 di Stade Geoffroy-Guichard, di sini, hari ini.

Portugal terlebih dahulu di hadapan apabila pemain tengah Fenerbahce, Luis Nani memanfaatkan hantaran Andre Gomes pada minit ke 31 sekali gus mencipta jaringan ke 600 pasukan itu sepanjang aksi di pentas EURO.

Namun, kegembiraan skuad yang diterajui ketua pasukan, Cristiano Ronaldo itu tidak lama apabila pada minit ke 50, Iceland menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah Basel, Birkir Bjarnason.

EURO 2016 : Si Kerdil Yang Power. EURO 2016 : Si Kerdil Yang Power. Reviewed by CheritaMalaysia on 2:11 PM Rating: 5

No comments