Kentut Punya Pasal.

STOCKHOLM, 23 Jun - Gara-gara kentut dengan kuat di sebelah pengadil dalam satu perlawanan bola sepak, Adam Lindin Ljungkvist yang beraksi untuk pasukan Pershagens SK diarah keluar padang.

Beliau yang dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke 93 didakwa oleh pengadil melakukan 'provokasi melampau' dan 'tiada semangat kesukanan'.

"Saya rasa itu keputusan yang bodoh.  Sekarang saya tergelak memikirkannya.  Tiada orang lain pernah tahu perkara ini.  Saya juga tidak pernah dengar seorang pemain diarah keluar padang kerana kentut," ujar pemain berusia 25 tahun itu.

Kejadian berlaku ketika pertemuan antara Pershagens SK menentang Jarna SK dalam saingan divisyen tujuh liga Sweden yang berkesudahan dengan Pershagens SK tewas 2 - 5.
Kentut Punya Pasal. Kentut Punya Pasal. Reviewed by CheritaMalaysia on 10:33 AM Rating: 5

No comments