Anti Vaksin : Imam Muda Ammar Dikecam Netizen

 Status awal yang dimuat naik Imam Muda Ammar

Status di atas dimuat naik oleh Imam Muda Ammar di atas mencetuskan kemarahan golongan netizen. Status menerusi Facebook beliau itu seolah-olah mempertikaikan pengambilan vaksin dengan menyifatkan ia membantu melambatkan kematian seseorang.

Ekoran status berkenaan, Ammar dihentam hebat oleh orang ramai yang menyifatkan beliau tidak layak untuk membuat kenyataan sedemikian.

Status kedua dimuat naik selepas dikecam hebat

Bagaimanapun, selepas dihentam hebat, Ammar memadamkan status terbabit dan pada masa sama memuat naik status baharu, dengan menyatakan beliau mendapat pahala secara 'percuma' kerana dikutuk masyarakat. Perkara itu membuatkan beliau terus dihentam. 

Sememangnya wujud golongan ibu bapa yang tidak mahu memberi suntikan vaksin kepada anak-anak mereka dan ia menjadi bahan perdebatan dalam kalangan masyarakat. 

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berasal dari Ujong Pasir, Melaka, meninggal dunia di Hospital Melaka akibat dijangkiti bakteria difteria. 


APA ITU DIFTERIA
  • Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. 
  • Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. 
  • Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. 
  • Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. 
  • Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.
Kepentingan Vaksin 5 Serangkai

  • Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b).
  • Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.
  • Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. 
  • Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Sumber: Blog Ketua Pengarah Kesihatan
22 Jun 2016

Anti Vaksin : Imam Muda Ammar Dikecam Netizen Anti Vaksin : Imam Muda Ammar Dikecam Netizen Reviewed by CheritaMalaysia on 2:44 PM Rating: 5

No comments