KENAPA CINA DAP MARAHKAN JAMAL YUNOS?
Sungai Besar yang tenang secara tiba-tiba semalam menjadi gegar.
Entah dari mana, sekumpulan manusia memasang billboard provokasi. Antara lain adalah tentang kenyataan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Jamal Yunos berkaitan panggilan 'Cina Babi'.
Jamal, yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang berani dan agresif secara tiba-tiba menjadi tumpuan walaupun BN sebenarnya mengandalkan seorang pemuda, Budiman sebagai calon bagi PRK kali ini. Kenapa bukan Budiman yang menjadi sasaran serangan?
Jawapannya mudah, kerana Budiman tidak ada apa-apa kelemahan ketara untuk diserang.
Ini juga menunjukkan agen-agen provokasi DAP yang berpakaian Pakatan Harapan gagal mencerna sentimen Sungai Besar dalam berkempen.
Keadaan ini bukan baharu, pada pilihan raya kecil Permatang Pauh selepas penyandangnya Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kesalahan liwat, terdapat banyak juga poster-poster sebegini. Namun ia tidak dilayan oleh BN.
Namun kali ini ia keterlaluan. SPR telah bertindak menurunkan poster-poster tersebut kerana ia nyata menyalahi undang-undang pilihan raya.
Rakyat sepatutnya dapat melihat siapa yang 'jahat' dan menyebarkan kebencian sehingga mampu menggugat keselamatan orang ramai...
Pilihlah dengan hati tenang, bukan emosi amarah yang akan membawa padah!
Cerita Malaysia: Pilih yang terbukti berjasa!
KENAPA CINA DAP MARAHKAN JAMAL YUNOS?
Reviewed by CheritaMalaysia
on
11:29 AM
Rating:
No comments