Isteri Pregnant Mengidam Makan Sabun & Alat Sulit Lembu Jantan
KUALA LUMPUR - Kebiasaannya wanita mengandung mengidam makanan yang biasa-biasa tetapi tidak bagi seorang ibu ini yang gemar makan nasi berlaukkan sabun mandi, lapor Harian Metro.
Jika permintaannya itu tidak dipenuhi oleh suami, maka mulalah Habshah Ali, 38, meronta-ronta atau menangis seperti anak kecil tidak diberikan apa yang dimahukannya.
"Saya teringin sangat makan nasi berlauk sabun mandi. Saya membayangkan sabun itu diracik halus dan digaul dengan nasi sebelum dimakan panas-panas seperti makanan biasa.
"Setiap kali melihat sabun itu, hati saya akan terdetik, 'agaknya mesti sedap kalau makan dengan nasi panas' sambil menelan air liur," katanya.
Habshah yang menetap di Selayang itu tidak menyangka keinginan peliknya itu hanya pada bau wangi sabun berkenaan, namun lama kelamaan timbul rasa dia hati untuk mencuba menjamah sabun itu.
Tidak tahan dengan rasa keinginannya itu, lalu dia meminta izin dari suaminya tetapi dibantah. Malah, si suami juga turut mengadu hal itu kepada keluarga.
"Saya menjadi tertekan dan mula menjauhkan diri dari suami. Malah anak sulung yang berusia 4 tahun juga saya tak pedulikan sehingga suami terpaksa menghantar dia ke rumah ibu di Shah Alam.
"Suami pernah cuba memujuk membawa saya berjumpa doktor berhubung simptom mengidam pelik ini, tetapi tindakan itu 'tidak jalan' kerana saya masih berdegil," katanya.
Sebulan selepas itu, ibu Habshah mengambil keputusan untuk tinggal di rumahnya kerana bimbang anaknya itu benar-benar melakukan tindakan pelik itu.
"Pelbagai usaha yang suami saya lakukan termasuk membawa saya berjumpa dengan pakar kaunseling untuk membunuh keinginan itu dan menjalani rawatan perubatan alternatif kerana bimbang saya terkena buatan orang.
"Akhirnya saya mengalah. Bukan penat dengan semua tekanan yang datang tetapi saya dekatkan diri dengan Allah dan berdoa agar keinginan itu terpadam," katanya.
Situasi yang sama turut dialami oleh Anis, 36, yang mengidam alat sulit lembu jantan apabila disahkan mengandung anak pertamanya 5 tahun yang lalu.
"Pada ketika itu, usia kandungan saya baru saja 19 minggu dan sepanjang tempoh itu saya tidak pernah mengidam sesuatu yang tidak masuk akal atau sukar dicari.
"Suami juga gembira dan sering berdoa agar saya tidak meminta yang bukan-bukan meskipun sudah sedia maklum dengan perangai pelik wanita mengandung," katanya.
Menurut Anis, keinginan itu datang secara tiba-tiba ketika mereka berdua merancang pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu untuk menyambut Aidiladha.
"Seminggu sebelum itu, ibu saya ada menelefon bertanyakan sama ada kami pulang ke kampung atau tidak kerana ayah mengadakan majlis kenduri ibadah korban bersama-sama dua kakak dan abang ipar saya.
"Selang beberapa hari kemudian, saya memberitahu kepada suami yang saya teringin makan alat sulit lembu jantan yang disembelih untuk majlis korban berkenaan," katanya.
Bagaimanapun, semenjak dilahirkan ke dunia ini, Anis langsung tidak pernah makan organ lembu, apatah lagi alat sulit haiwan berkenaan. - PIXEL MEDIA
Isteri Pregnant Mengidam Makan Sabun & Alat Sulit Lembu Jantan
Reviewed by CheritaMalaysia
on
11:59 AM
Rating:
No comments