Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!

Filem Upin & Ipin muncul lagi!

Kali ini bertajuk ‘Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! (UIJJJ)’, filem ini menggabungkan teknik animasi tiga dimensi bersama watak manusia sebenar atau lakonan hidup. Filem yang menelan belanja RM4 juta itu diterbitkan secara usaha sama antara Les' Copaque dan KRU Studios. Ia dijadualkan menemui penonton pada November tahun ini.

Filem tersebut menerima Dana Kesan Khas (CGI) sebanyak RM1.4 juta daripada FINAS itu turut mendapat permintaan untuk ditayangkan di Indonesia.

Filem arahan Erma Fatima dan Ainon Ariff itu menampilkan Asyiela Putri (suara asal Upin & Ipin) bersama Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis. Turut membintangi  Awie (Wings), Sara Ali, Gambit dan Remy Ishak.

UIJJJ yang memulakan penggambaran pada Disember tahun lalu kini dalam proses akhir memasukkan kesan khas imej janaan komputer (CGI), yang dijangka siap dalam masa terdekat.

Sedutan awal filem itu yang dimuat naik ke laman YouTube Les' Copaque Productions sejak empat bulan lalu sudah ditonton lebih 2.4 juta kali selain mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.



Sumber : Berita Harian




Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! Reviewed by CheritaMalaysia on 11:01 PM Rating: 5

No comments