Mengandung 7 Bulan, Namun Positif Dadah!

Wanita mengandung tujuh bulan kebiasaannya sudah sibuk menyiapkan barang-barang anak yang bakal lahir tidak lama lagi. Namun lain pulak ceritanya di Kuantan, apabila seorang wanita mengandung tujuh bulan dan suaminya antara 35 individu yang ditahan positif dadah!

Suami wanita itu cuba memperdaya penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) supaya melepaskan isterinya dengan mengatakan isterinya bukan penagih dadah, tetapi dia yang 'menghembuskan asap' terhadap isterinya itu.

Dalam operasi bermula tengah malam hingga tengah hari tadi, 45 anggota melakukan pemeriksaan di tiga kawasan tumpuan penagih iaitu Kompleks Perumahan Pak Mahat, Tanjung Lumpur dan sekitar perkampungan Balok.

35 individu yang ditahan -- 33 lelaki dan 2 perempuan didapati positif dadah, berumur dalam lingkungan 16 hingga 52 tahun.



Sumber : Utusan Malaysia
Mengandung 7 Bulan, Namun Positif Dadah! Mengandung 7 Bulan, Namun Positif Dadah! Reviewed by CheritaMalaysia on 11:27 PM Rating: 5

No comments