Dua pengumuman agenda disambut baik penduduk #PRKKualaKangsar

Farizah
Foto:  Wira 

Keperibadian calon Barisan Nasional (BN) PRK Kuala Kangsar P.067, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai seorang yang suka tersenyum terserlah ketika mengadakan sidang media pada 11 Jun 2016 bertempat di kediamannya.


Setiap soalan yang dilontarkan oleh wartawan dijawab dengan tenang dan pertuturannya dijaga dengan begitu sopan.

Dalam sidang media tersebut, Datin Mastura mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas pengumuman peruntukan bagi melaksanakan dua agenda  iaitu menaiktaraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada universiti dan meluluskan projek Jambatan Manong.

“Saya bersyukur kerana agenda-agenda tersebut telah lama diperjuangkan oleh Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad  dan akhirnya dapat dilaksanakan,” katanya.

Tambah beliau, pengumuman itu disambut baik oleh semua penduduk dan akan menyuarakan beberapa lagi perkara demi masyarakat di Kuala Kangsar.

Ketika ditanya adakah beliau akan keluar mengundi pada 18 Jun ini,  Datin Mastura menegaskan bahawa ialah adalah kewajipan kepada semua penduduk yang bergelar pengundi.  Namun beliau akan memohon khidmat nasihat daripada orang yang arif mengenai perkara ini.



“Sudah tentu saya ingin mengundi tetapi saya kena tengok juga batas-batas agama,” ujarnya yang akan membuang undi di Sekolah Raja Muzwin, Kuala Kangsar sekiranya keluar mengundi nanti.


“Kewajipan sebagai seorang pengundi sangat-sangat penting.  Saya mendoakan kesihatan pengundi baik dan keluar beramai-ramai untuk mengundi 18 Jun ini,” katanya sebelum mengakhiri sidang media.
Dua pengumuman agenda disambut baik penduduk #PRKKualaKangsar Dua pengumuman agenda disambut baik penduduk  #PRKKualaKangsar Reviewed by CheritaMalaysia on 4:28 PM Rating: 5

No comments