Senaman ketika Ramadan.

Ramai yang berpendapat bahawa musim Ramadan adalah waktu yang paling sesuai untuk mengurangkan berat badan.  Betul! Namun perlu juga berhati-hati kerana bimbang tubuh kita akan mengalami masalah kekurangan air.

Terdapat beberapa kaedah jika anda ingin melakukan senaman ketika berpuasa, antaranya:



1.  Bersenam sejam sebelum berbuka:
Boleh sekiranya anda hendak bersenam di bulan Ramadan tapi pastikan sejam sebelum berbuka dan lakukan senaman yang rendah intensi seperti slow jog atau brisk walk.
Brisk walk.


2.  Terus bersenam selepas berbuka:
Jika anda ingin membakar lemak dengan pantas, pastikan minum air putih dan lakukan senaman HIIT.   Tapi, jangan lupa solat maghrib!

Contoh senaman HIIT.


3.  Senaman berat:
Sekiranya anda berbuka dengan makanan, tunggu dalam tempoh 60 hingga 90 minit sebelum lakukan senaman.  Anda boleh lakukan mana-mana senaman berintensi tinggi termasuklah HIIT, cardio dan lain-lain.  


4.  Elak dehidrasi:
Untuk elak dehidrasi (masalah kurang air), elak bersenam lebih sejam sebelum berbuka.  Kesihatan dan keselamatan diri harus diutamakan!


Senaman ketika Ramadan. Senaman ketika Ramadan. Reviewed by CheritaMalaysia on 8:30 AM Rating: 5

No comments