Lee Chong Wei kembali merampas takhta Nombor 1
Selepas menghadapi pengalaman pahit digantung 8 bulan atas kesalahan penggunaan doping, akhirnya Datuk Lee Chong Wei merampas semula takhta pemain baminton nombor 1 dunia apabila memenangi Kejohanan Terbuka Indonesia 6 Jun 2016.
![]() |
foto kredit: Utusan Malaysia |
Namun, kejayaan semalam bukanlah mudah apabila dia terpaksa bekerja keras untuk mengheret Jan O Jorgensen ke rubber set sebelum menang dengan 17-21, 21-19, 21-17 dalam tempoh satu jam 7 minit.
Meskipun tertinggal di belakang Jorgensen pada set kedua, ternyata semangat Chong Wei yang berusia 34 tahun itu tidak pernah padam sebelum memintas mata Jorgensen dan menang di set kedua.
Di set ketiga, jelas kelihatan Chong Wei tenang dan menguasai perlawanan.
Gelaran juara Terbuka Indonesia merupakan gelaran yang keenam bagi Chong Wei. Kali pertama adalah pada tahun 2007, diikuti tiga tahun berturut-turut dari 2009, 2010, 2011 dan 2013 sekaligus menyamai rekod lagenda badminton Indonesia Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata.
Menurut lagenda badminton Denmark, Morten Frost Hansen, sekiranya Chong Wei dapat mengekalkan momentum kemenangannya, tidak mustahil untuk dia menggenggam pingat emas pada Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil yang akan diadakan pada bulan Ogos ini.
Syabas Datuk Lee Chong Wei!
Lee Chong Wei kembali merampas takhta Nombor 1
Reviewed by CheritaMalaysia
on
7:00 AM
Rating:

No comments