Kekok melihat satu kerusi makan kosong

Kehilangan seseorang yang amat disayangi akan memberi kesan yang amat ketara di dalam jiwa dan emosi.  Apa lagi jika yang pergi itu adalah seseorang yang sentiasa bersama dengan kita ketika suka dan duka.

Itulah yang dirasai oleh keempat-empat anak lelaki Allahyarham Wan Khair-il yang maut di dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei yang lalu.



Ketibaan Ramadan kali ini cukup berbeza buat mereka lebih-lebih lagi apabila melihat kerusi di meja makan yang selalu diduduki oleh arwah ayah mereka kosong.

Namun menurut anak sulung Datin Mastura, Wan Emir, biarpun timbul perasaan kekok ketika bersahur, namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berkempen dan berjuang bagi memastikan jentera Barisan Nasional Kuala Kangsar P.067 menang dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun 2016 ini.

Wan Emir serta dua orang adiknya iaitu Wan Iskandar dan Wan Amar ditemui ketika sedang melawat bazar ramadan Kampung Sayong Lembah, semalam.







foto kredit : Malaysia Aktif




Kekok melihat satu kerusi makan kosong Kekok melihat satu kerusi makan kosong Reviewed by CheritaMalaysia on 10:19 AM Rating: 5

No comments