'Pergilah sayang... Al-Fatihah'

"Saya tidak menyangka 'bye' (selamat tinggal) yang diucapkan pagi semalam (kelmarin), perkataan terakhirnya kepada saya," kata anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang mengimbau kenangan terakhir bersama Allahyarham suaminya, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi. Nurulhidayah berkata, Syed Alman, 44. 


"Saya pada mulanya tidak menyangkakan apa-apa, namun selepas menerima panggilan telefon daripada rakan memberitahu suami saya sudah meninggal dunia, baru saya terfikirkan perkataannya itu. Saya amat sedih kerana itu adalah kali terakhir saya berjumpa dengannya."

Dalam pada itu, siasatan terhadap kes Datuk Syed Alman yang meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian beliau.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kematian dan beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.


'Pergilah sayang... Al-Fatihah' 'Pergilah sayang... Al-Fatihah' Reviewed by CheritaMalaysia on 10:45 PM Rating: 5

No comments