PAN Hanya Pengacau
KOTA BHARU, 2 Jun - Parti Amanah Negara (PAN) hanya mahu melunaskan dendam terhadap PAS dan bukannya menentang Barisan Nasional (BN). Justeru ia disifatkan sebagai pengacau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Demikian pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menyatakannya dalam sidang media selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke 62 di sini, hari ini.
Beliau juga menyifatkan bahawa PAN bukan saingan sebenar PAS malah parti serpihan itu disifatkan sebagai tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Beliau turut percaya bahawa PAN akan bertanding di semua kerusi PAS dalam pilihan raya akan datang. Ini kerana PKR dan DAP dijangka tidak akan memberi laluan kepada PAN untuk bertanding di mana-mana kerusi ditandingi mereka sebelum ini.
Gambar: Utusan
Gambar: Utusan
PAN Hanya Pengacau
Reviewed by CheritaMalaysia
on
2:50 PM
Rating:

No comments