Harap Suami Lebih Bertimbang Rasa...

Post ini mungkin agak 'straight forward' tapi ia penting terutama untuk kaum suami berfikir sejenak...

Bercakap mengenai wanita dan perancang kehamilan, ia sesuatu yang sangat dititik beratkan oleh kebanyakan wanita terutama yang bekerjaya pada zaman ini. Memang rezeki jangan ditolak tapi kesan-kesan pada badan si isteri perlu juga diambil berat.

Jom teliti perkongsian ini.... 
Hormone imbalance pada perempuan boleh mengakibatkan: 
= kegemukan
= perut membuncit
= kedinginan seks
= tekanan perasaan 
= period yg berpanjangan
= masalah tidur
= jerawat
= keputihan
= keguguran rambut

Mengandung, bersalin dan masa haid adalah frasa normal kehidupan seorang wanita. Tidak mampu kita nafikan fitrahnya.

Merancang keluarga pun nak pakai hormone wanita?
Bila istihadah berminggu-minggu, suami pandai merungut.
Bila isteri jadi gemuk, suami masih merungut.
Bila isteri naik jerawat, suami naik jelik.
Kalau tak nak isteri terima side effect dari kaedah perancang, suami kenalah berkorban.

Jangan fikirkan "keselesaan" diri sendiri semata-mata. Tetapi yang menanggung bebanan isteri keseorangan.

Tak luak pakai kondom.

Kalau susah sangat, teruslah ikat je. (Vasectomy)
Mengapa pula wanita perlu diikat bagai lepas berhempas pulas mengandung dan melahirkan anak-anak anda?
Sudahlah isteri dalam pantang hormone tidak balance lagi. Sibuk suruh pakai iucd/pil/ implanon bagai. 

Antara jenis-jenis makanan yang menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon ialah
1. Makanan berasakan soya
2. Ayam dan ikan bela (pakai dedak hormon / soy base) 
3. Makanan yg ada dye (pewarna ) makanan kerana ia menggangu fungsi endokrin (tempat penghasilan hormon)
4. Bahan2 dairy. Amalan susu yang extreme.

Antara makanan-makanan yang membantu mengimbangi hormon wanita ialah
1. Ikan laut dalam
2. Ayam kampung
3. Bahan diproses dari kelapa
4. Ghee
5. Kuning telur
6. Badam
7. Sayur-sayuran berwarna hijau gelap contoh brokoli asparagus. 
8. Keladi
9. Pucuk-pucuk ulam
10. Herba dan rempah ratus seperti kulit kayu manis, kunyit, cili, buah pelaga, bawang putih, halia, bunga lawang, dan lain-lain 

Moga suami faham. Bila isteri disua dgn alat-alat perancang ini, isteri terpaksa hidup dalam keadaan tidak menentu.

Wanita dikuasi hormon. Siuman atau tidak seorang wanita bergantung pada hormon. Jangan pelik bila isteri mula berperangai lain selepas menjalani beberapa kaedah perancang. Tak semua kaedah sesuai dengan semua orang.

Harap suami lebih bertimbang rasa!

Sumber : Mingguan Wanita


Harap Suami Lebih Bertimbang Rasa... Harap Suami Lebih Bertimbang Rasa... Reviewed by CheritaMalaysia on 10:15 PM Rating: 5

No comments