PAS AKUI KEKUATAN BN DI PARLIMEN KUALA KANGSAR

Agak pelik apabila ramai yang mempertikaikan pencalonan balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad 

Datin Mastura untuk menandingi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan Allahyarham suaminya.

Alasan yang berlegar-legar adalah kerana beliau sedang dalam Iddah yang mana peraturan Islam tidak membenarkan beliau berkempen.

Ini bukanlah sesuatu yang sukar. Dalam keadaan negara yang telah maju dengan segala jenis teknologi, berkempen melalui media sosial misalnya bukanlah sesuatu yang asing.

Lebih mengejutkan antar ramai yang 'buat bising' adalah ahli UMNO sendiri. Sedangkan anggota PAS tidak pernah menggunakan isu ini untuk menidakkan hak Mastura sebagai calon.


Terbaharu Calon PAS bagi PRK Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad (Gambar) sendiri mengakui kekuatan BN di Kuala Kangsar. Menurut beliau, Mastura mempunyai peluang yang cerah di atas banyak faktor antaranya kekuatan jentera UMNO dan kesepaduan kempen mereka.

Oleh itu, cherita malaysia sangat berharap penyokong sewajarnya memberikan sokongan kepada siapa sahaja yang dipilih pucuk pimpinan parti.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/159707
PAS AKUI KEKUATAN BN DI PARLIMEN KUALA KANGSAR PAS AKUI KEKUATAN BN DI PARLIMEN KUALA KANGSAR Reviewed by CheritaMalaysia on 5:00 PM Rating: 5

No comments