Keperluan Wanita Muda Fokus Puteri UMNO - Mas Ermiyati.

GEORGETOWN, 31 Mei - Isu pembangunan ekonomi dan sosial dalam kalangan wanita berumur di bawah 40 tahun sentiasa menjadi perhatian Pergerakan Puteri UMNO dan bukannya hanya ketika pilihanraya kecil (PRK).  Demikian pandangan Ketua pergerakan itu, Datuk Mas Ermieyati ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Festival Makan Durian di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Festival Makan Durian di sini, hari ini, beliau berkata jentera Puteri yang digerakkan untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga memberi tumpuan kepada kalangan pengundi muda.

"Saya minta seluruh anggota, penyokong dan jentera BN bersatu hati untuk mengekalkan kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Sumber Berita : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1251296
Keperluan Wanita Muda Fokus Puteri UMNO - Mas Ermiyati. Keperluan Wanita Muda Fokus Puteri UMNO - Mas Ermiyati. Reviewed by CheritaMalaysia on 4:19 PM Rating: 5

No comments