Kenyataan Pegawai Khas Rosmah Mansor. #PRKKualaKangsar

Dua hari lepas (14 Jun), kecoh apabila Pegawai Khas Rosmah Mansor, Dato’ Rizal Mansor dihalang oleh petugas Amanah daripada menghadiri sidang akhbar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.



Rizal tidak dibenarkan memasuki Ibu Pejabat Amanah Perak pada hari kejadian dengan alas an beliau tidak dijemput menghadirinya dan kekalutan itu berlangsung selama kira-kira 15 minit.



Berikutan insiden tersebut, Rizal telah mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut:

Kenyataan Dato Rizal Mansor
Sejak semalam pihak media menghubungi saya meminta saya mengulas berhubung panggilan Rafizi terhadap saya sebagai budak pengangkat beg.

Saya sedar siapa diri saya. Malah sebelum Rafizi panggil saya budak pengangkat beg, saya sendiri lebih awal mengaku di depan media di Kuala Kangsar semalam bahawa saya hanya insan kerdil.

Tapi dari satu sudut saya amat berbangga kerana budak pengangkat beg seperti saya ditakuti Rafizi hinggakan hendak mendengar sidang media Rafizi pun tidak dibenarkan. Bertindaklah seperi anak jantan wahai saudara Rafizi, bukannya bertindak seperti anak ikan.

Sedikit pesanan saya kepada Rafizi, jangan pandang enteng kepada seorang pengangkat beg, kerana sejarah telah membuktikan seorang pembancuh kopi boleh menghantar ketua anda ke penjara.

Sekian

Rizal Mansor

16.06.16
Kenyataan Pegawai Khas Rosmah Mansor. #PRKKualaKangsar Kenyataan Pegawai Khas Rosmah Mansor.    #PRKKualaKangsar Reviewed by CheritaMalaysia on 9:00 AM Rating: 5

No comments