Perjuangan Mastura. #PRKKualaKangsar

Menjadi tugas berat apabila Barisan Nasional (BN) perlu mempertahankan kerusi P.067 yang dimenanginya sejak sekian lama.



Meletakkan calon yang dianggap ‘unik’, BN dilihat perlu bekerja lebih keras memandangkan calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid tidak boleh turun padang untuk berkempen dan bertemu masyarakat setempat berbanding tiga lagi calon dari PAS, PAN dan Bebas kerana sedang melalui tempoh edah.

Namun pada masa yang sama, jelas tergambar hubungan dan kerjasama yang erat antara Datin Mastura dengan ahli jentera BN yang lain.

Selain itu, hubungan kekeluargaan yang amat akrab apabila keempat-empat anak lelaki calon BN itu turut sama turun padang bertemu dengan penduduk Kuala Kangsar bagi mewakili dan menyambung perjuangan ibu mereka.

Satu demi satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Datin Mastura, bermula dengan isu wanita dalam tempoh edah tidak layak menjadi calon, diikuti isu tidak keluar berkempen kemudian isu kelayakan dan status beliau yang bukan anak jati Kuala Kangsar dan sebagainya.

Namun, semua itu beliau hadapi dengan tenang.  “Saya perlu ikut hukum yang ditetapkan dalam Islam jika ingin mendapatkan keredhaan daripada-Nya,” jelas Datin Mastura sedikit masa dulu sewaktu menghadiri sidang media di kediamannya.

Apa yang pasti, rata-rata penduduk di Kuala Kangsar amat senang dengan personaliti Datin Mastura sejak arwah suami beliau, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masih hidup.

Perwatakan mereka suami isteri yang merendah diri, tidak lokek senyuman, serta rajin bergaul dengan orang ramai menjadikan mereka amat disayangi.


Malah, beliau seringkali mengikuti arwah suaminya yang menjalankan tugas bertemu dengan para penduduk dan telah menghuni di Kuala Kangsar selama 27 tahun. Paling penting, beliau telah berdaftar sebagai pengundi di bandar ini. 

Itulah yang menjadikan calon BN pada PRK kali ini istimewa kerana meskipun Datin Mastura bukanlah anak jati Kuala Kangsar, tetapi beliau lebih Kuale daripada orang Kuale.
Perjuangan Mastura. #PRKKualaKangsar Perjuangan Mastura.   #PRKKualaKangsar Reviewed by CheritaMalaysia on 8:00 AM Rating: 5

No comments