VIDEO: Jangkaan 75%. #PRKKualaKangsar



 Farizah 
Foto: Azizi

Para pengundi di Kuala Kangsar dinasihatkan agar keluar mengundi beramai-ramai secara berperingkat bagi mengelakkan daripada berlakunya kesesakan.

“Jangan tunggu di saat-saat akhir.  Kalau cuaca tidak elok, keluar awal,” menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Pusat mengundi akan mula dibuka pada 8.00 pagi dan ditutup sepenuhnya tepat jam 5.00 petang. Sementara pengumuman rasmi keputusan PRK dijangka akan diadakan pada jam 9.00 malam.

Selain itu, para pengundi dinasihatkan agar tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada sesiapa kecuali petugas SPR untuk mencegah berlakunya sebarang masalah.

“SPR juga ingin memaklumkan kepada semua majikan di sektor awam dan sektor swasta untuk memberi pelepasan kepada pekerja mereka keluar mengundi.  Mana-mana majikan yang menghalang boleh didakwa di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau tidak lebih satu tahun penjara”.


“Nasihat kami juga kepada para pengundi, penyokong parti-parti yang bertanding supaya mematuhi undang-undang, peraturan, arahan SPR dan polis bagi memastikan proses PRK berjalan dengan lancar, tenang dan harmoni,” jelas beliau lagi.

Datuk Seri Mohd Hashim berkata demikian dalam satu sidang media selepas meninjau persiapan akhir SPR sebelum menjelang Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar P.067 esok seperti menyemak ‘check list’ perkakas/peralatan mengundi seperti peti undi, pen, dakwat, kertas undi bagi memastikan kesemuanya berada dalam keadaan yang baik dan lengkap.

Terdapat seramai 32,632 pengundi berdaftar di Kuala Kangsar dan SPR menjangkakan 75% yang akan keluar mengundi di atas faktor antaranya berada di luar negeri Perak serta sambutan Hari Raya yang hampir tiba.


Klik di sini untuk menonton video penuh:


Foto sekitar persiapan akhir SPR sebelum menjelang Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar P.067:










VIDEO: Jangkaan 75%. #PRKKualaKangsar VIDEO: Jangkaan 75%.   #PRKKualaKangsar Reviewed by CheritaMalaysia on 12:50 PM Rating: 5

No comments