Kemaluan Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator
Bagan Serai, 6 Jun - Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang duduk di atas eskalator yang sedang bergerak mengundang padah apabila kemaluannya tersepit pada eskalator tersebut. Kejadian berlaku di sebuah pasaraya di sini.
Jabatan Bomba & Penyelamat yang menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 8.06 malam mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa.
Mangsa dihantar ke Hospital Taiping. Setakat ini tahap kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan.
Foto Kredit : Utusan Malaysia.
Kemaluan Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator
Reviewed by CheritaMalaysia
on
1:09 PM
Rating:

No comments