Berani cakap, tidak berani bersemuka. #PKRKualaKangsar

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Rafizi Ramli tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan individu yang mewakili orang yang dituduh olehnya.

Keengganan Naib Presiden PKR itu memberi peluang kepada Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor untuk mendengar sidang medianya di sini hari ini, menggambarkan perkara itu.

"Kalau dia berani dia sangguplah berhadapan sama ada dengan media atau sesiapa sahaja yang mewakili individu yang dituduh oleh beliau, berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya merujuk kepada keengganan Naib Presiden PKR itu untuk memberi peluang kepada Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor untuk mendengar sidang medianya pada 15 Jun 2016.

"Jadi saya harap ini satu manifestasi bahawa orang yang dipanggil tokoh yang berani untuk kononnya mendedahkan sesuatu penyelewengan, skandal dan sebagainya sebenarnya tidak ada keberanian kerana tidak berani untuk menghadapi individu itu," katanya.

Setiausaha Agung PKR itu dikatakan enggan bersemuka enggan Rizal sehingga terpaksa menggunakan pintu belakang ketika memasuki pusat sidang media berkenaan isu jet yang didakwa disewa Datin Rosmah Mansor

Ahmad Zahid berkata DAP sebagai tulang belakang Pakatan Harapan cuba mempergunakan Parti Amanah Negara dan menjadikannya sebagai ayam tambatan.

"Tentunya DAP berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan pelaburan dalam pelbagai bentuk akan dapat memberikan dividen politik kepada mereka dan mereka akan menggunakan apa saja taktik atau strategi, sama ada yang beretika atau sebaliknya untuk menentukan dividen politik itu diperolehi oleh mereka.

"Namun, saya yakin pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, mereka istiqamah dan menetapkan hati untuk bersama-sama dengan calon BN," katanya.

Beliau turut berharap pengundi atas pagar yang menjadi sasaran untuk dipengaruhi pembangkang dan tidak terpengaruh dengan segala fitnah yang ditaburkan.

kredit foto: berita harian

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Himpunan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Kuala Kangsar bersama Timbalan Perdana Menteri dan meraikan Ulangtahun Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Parlimen Kuala Kangsar di Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) pada 15 Jun 2016.


Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Berani cakap, tidak berani bersemuka. #PKRKualaKangsar Berani cakap, tidak berani bersemuka.   #PKRKualaKangsar Reviewed by CheritaMalaysia on 9:00 AM Rating: 5

No comments