Asyik mencerca sesama sendiri. #PKRKualaKangsar
"PAN adalah serpihan kepada PAS, mereka
lawan sebab nak tunjukkan kepada pengundi kekuatan masing-masing. "PAS
menggunakan ruang PRK untuk menunjukkan bahawa mereka lebih hebat daripada
parti serpihannya. Inilah yang kita kata mereka bertanding untuk balas dendam
kesumat.”
![]() |
Khairy Jamaluddin |
Itulah yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO,
Khairy Jamaluddin apabila melihat PAS dan PAN sering kali mencerca antara satu
sama lain, seolah-olah hendak menunjukkan siapa yang lebih kuat.
Tambahnya, pemilihan wakil rakyat daripada BN
pada PRK kali ini bukan sahaja mampu meneruskan kesinambungan dibawa Allahyarham
Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, malah memastikan urusan
perancangan pembangunan dapat dilakukan dengan mudah. Katanya, sukar jika wakil
rakyat di Kuala Kangsar ini terdiri daripada mereka yang partinya tidak sama
dengan Kerajaan Pusat dan negeri yang diterajui BN.
"Sebab kalau kita bagi (undi) kepada PAS
dan parti serpihannya, kalau menang mereka tidak mampu buat apa-apa. Tapi kalau
Datin Mastura Mohd Yazid menang, maka mudahlah untuk kita laksanakan lebih
banyak pembangunan di kawasan ini," katanya.
Asyik mencerca sesama sendiri. #PKRKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
9:30 AM
Rating:

No comments