Hanya tahu tabur fitnah! #PRKKualaKangsa
Mereka tidak ada modal sudah sebenarnya!
Itu yang dikatakan oleh Menteri Komunikasi
dan Mutimedia, Datuk Seri Panglima Md Salleh Md Said apa bila ditanya mengenai
cara kempen pembangkang yang gemar membuat fitnah.
“Mereka itu sudah desperate. Mereka gunakan
politics of hatred. Mereka menaburkan
fitnah, bukannya fakta dan akhirnya sampai bila boleh menaburkan fitnah? Rakyat
faham kerana mereka (pembangkang) membawa isu-isu yang tidak didorong dengan
perasaan untuk berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.
Tambah beliau, mereka menabur fitnah untuk
rakyat menanam rasa benci kepada pemimpin, kepada parti dan kepada negara. Namun beliau yakin rakyat tidak akan terkeliru
atau terpengaruh kerana mereka tahu mereka (pembangkang) hanya datang bila
pilihan raya itu diadakan.
“Jika tidak ada pilihan raya, kita tidak nampak
mereka dan mereka tidak kelihatan untuk memberi khidmat kepada masyarakat.”
Jelas Datuk Seri Salleh, Barisan Nasional
bukan sahaja berkhidmat ketika pilihan raya, tetapi akan terus berkerja memberi
khidmat kepada rakya setelah mendapat mandat dan turun ke padang bagi melihat
sendiri permasalahan dan kekurangan atas dasar tanggungjawab.
“Tetapi, mereka (pembangkang) datang ke sini,
mereka menabur fitnah pula. Mereka tidak
ceritakan apa yang mereka telah lakukan. Kalau mereka ikhlas berkhidmat untuk
rakyat, terangkan apa yang mereka boleh lakukan.”
Katanya lagi, pembangkang berpolitik dengan
mengamalkan matlamat-matlamat sendiri demi kepentingan parti mereka sahaja sedangkan
parti Barisan Nasional berkhidmat untuk
semua tidak mengira parti rakyatnya.
“Contoh yang paling jelas, bantuan BR1M. Kita tidak tanya mereka dari parti kerajaan atau parti
pembangkang. Asalkan layak, kita akan bantu. Soal mereka mengundi atau
tidak itu hak mereka.”
Namun beliau yakin rakyat mampu membuat
kesimpulan yang bijak dan dapat melihat segala bentuk bantuan dan dasar yang
telah dilaksanakan selama ini.
Beliau berkata demikian semasa berlangsungnya
sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRK P.067 Kuala Kangsar
untuk bertemu para pengamal media sebelum bertolak ke Bazar Ramadan Arena
Square untuk beramah mesra bersama
peniaga dan pengunjung di situ pada 16 Jun 2016.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman dan Pengarah Penerangan Negeri Perak, Razali Kidam.
Hanya tahu tabur fitnah! #PRKKualaKangsa
Reviewed by CheritaMalaysia
on
8:23 AM
Rating:

No comments