#PRKSungaiBesar : Pulanglah Wahai Perantau.

SUNGAI BESAR, 8 Jun - Pengundi Parlimen Sungai Besar yang berada di luar digesa untuk pulang mengundi pada 18 Jun ini.

Gesaan tersebut dibuat oleh Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang turut menyatakan bahawa setiap undi adalah penting.

Beliau juga menyifatkan Calon BN, Budiman Mohd Zohdi sebagai individu paling layak meneruskan legasi parti di Sungai Besar.

Ditanya mengenai strategi kempen BN di Sungai Besar, beliau menjelaskan bahawa demi menghormati Ramadan, ceramah umum dikurangkan, sebaliknya kempen lebih tertumpu kepada perjumpaan dengan pengundi.


Foto Kredit : Berita Harian.
#PRKSungaiBesar : Pulanglah Wahai Perantau. #PRKSungaiBesar : Pulanglah Wahai Perantau. Reviewed by CheritaMalaysia on 3:05 PM Rating: 5

No comments