Pengorbanan anak-anak demi ibu tercinta #PRKKualaKangsar
“Kita akan tetap berjuang ibu, tetapi dengan
cara kita demi bangs dan agama.”
Itulah yang sering dikatakan oleh
keempat-empat anak lelaki Datin Mastura Mohd Yazid dalam berjuang untuk
meneruskan kesinambungan perancangan oleh arwah bapa mereka, Allahyarham Datuk
Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Menurut Datin Mastura, anak sulungnya sebagai
contoh, Wan Emir Astar amat meminati seni bina.
“Namun beliau selalu menzahirkan kepada saya
untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang arkitek.” tambahnya.
Datin Mastura cukup terharu kerana Wan
Emir sanggup tinggalkan sementara
perkara yang diminatinya dan menyerahkan dirinya buat masa ini untuk
membantunya berkempen bersama adik-adiknya yang lain iaitu Wan Imar, Wan Iskandar
dan Wan Amar.
“Saya rasa mereka akan meneruskan legasi bapa
mereka dengan berjuang tetapi dengan cara mereka.”
Pengorbanan anak-anak demi ibu tercinta #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
4:55 PM
Rating:
No comments