5,000 jawatan ditawarkan #PRKKualaKangsar
Farizah
Sebanyak 5,000 jawatan pekerjaan telah ditawarkan sempena BN Youth Job & Career Fair 2016 yang diadakan pada 11 dan 12 Jun 2016 bertempat di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar.
Sebanyak 5,000 jawatan pekerjaan telah ditawarkan sempena BN Youth Job & Career Fair 2016 yang diadakan pada 11 dan 12 Jun 2016 bertempat di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar.
Menurut Menteri Belia dan Sukan YB Khairy
Jamaluddin, ia merupakan satu hasil yang memuaskan apabila karnival tersebut
mencatatkan kunjungan sebanyak 4,000 orang dan jumlah yang mendaftar dengan
syarikat atau agensi adalah melebihi 1 ribu orang.
“Semua syarikat dan agensi telah berkumpul
pada hari ini untuk memberi masa depan yang cerah kepada anak-anak muda di
Kuala Kangsar.”
“Ini membuktikan politik khidmat bakti bukan
sekadar retorik tetapi ia merupakan satu realiti, menghidangkan peluang dalam
bentuk kerjaya, jawatan kosong dalam memacu ekonomi negara. Itulah yang membezakan Barisan Nasional dengan
pembangkang,” tambah Khairy lagi.
foto: Wira Ismail |
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada
Perdana Menteri atas pengumuman yang padanya merupakan ‘game changer’ iaitu
menaiktaraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada universiti
terbuka.
“Ini akan menawarkan peluang yang lebih besar
kepada penduduk Kuala Kangsar”.
Katanya lagi, masa depan yang cerah untuk
anak muda tidak boleh ditangguh dan kalau tidak membawa perubahan kepada mereka
sekarang, ia akan menjadi satu perkara yang tidak adil.
Pada majlis tersebut, Khairy turut
menyempurnakan Majlis Pelancaran Kedai Jimat, satu usaha mengurangkan beban
penduduk kampung dengan menjual barang-barang keperluan pada harga yang lebih
rendah di samping memberi peluang perniagaan kepada para usahawan muda yang
menyertai Kedai Jimat.
Hadir sama ialah YB Dato’ Shahrul Zaman Datuk
Yahya (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & Sumber Manusia Negeri Perak), Khairul
Azwan Harun (Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO) dan lain-lain.
5,000 jawatan ditawarkan #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
5:53 PM
Rating:
No comments