"Nak dengar perancangan, bukan isu basi!" #PRKKualaKangsar

YB KJ ketika menghadiri program 'Sembang Santai Anak Muda Bersama YB KJ'

“Baru gabung 3 parti dah berpecah.  Macam mana parti ini nanti hendak memerintah? Nama parti pun asyik bertukar.”

Itu yang diperkatakan olah Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin ketika menghadiri program Sembang Santai Anak Muda Bersama YB KJ pada 9 Jun 2016 jam 10.30 malam bertempat di Kampung Tanah Lepan, Kuala Kangsar.

Perancangan oleh calon  Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid merupakan perancangan yang khusus dan begitu dekat dengan penduduk Kuala Kangsar.

“Manakala pihak yang satu lagi pula menyediakan jentera kerana ingin menumbangkan kerajaan pusat sedia ada. Jadi, bagaimana hendak majukan Kuala Kangsar sekiranya memilih calon yang salah?.”

Tambah Khairy, janji-janji Datin Mastura menunjukkan dia sayang kepada penduduk dan orang muda Kuala Kangsar.


“Apa yang ingin kita ingin dengar adalah perancangan untuk Kuala Kangsar, bukan isu-isu besar yang telah basi.”
"Nak dengar perancangan, bukan isu basi!" #PRKKualaKangsar "Nak dengar perancangan, bukan isu basi!"   #PRKKualaKangsar Reviewed by CheritaMalaysia on 9:00 AM Rating: 5

No comments