Kejadian misteri ketika 5 Mei 2016 #PRKKualaKangsar
farizah
foto: wira
Ketika lawatan YB Puan Hajah Nancy Shukri dan
Dato’ Sri’ Douglas Uggas Embah ke rumah calon Barisan Nasional P.067, Datin Mastura
Mohd Yazid telah menceritakan satu pengalaman pelik yang berlaku terhadap
dirinya.
Beliau berkata, sepatutnya beliau mengikuti
suaminya (Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad) ke Sarawak
untuk membantu tugas-tugas kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak
di situ. Namun, perancangan itu dibatalkan
kerana Datin Mastura perlu menyiapkan bunga telur untuk perkahwinan anaknya.
Lawatan rasmi YB Nancy dan Dato' Douglas ke kediaman calon BN, Datin Mastura. |
Pada hari kejadian iaitu 5 Mei 2016, beliau
telah berpuasa sunat kerana kebetulan hari tersebut merupakan sambutan Israk Mikraj.
“Pada hari tersebut, saya keluar untuk
membeli barang persiapan dan saya tidak tahu mengapa saya rasa begitu dahaga
dan tidak bertenaga. Sampaikan pemandu
saya pun tegur mengapa saya kelihatan begitu penat, tidak seperti kebiasaannya,”
“Saya lihat jam, ada tiga jam lagi sebelum
berbuka. Lalu saya pun berdoa kepada
Allah agar kuatkanlah saya untuk menahan puasa ini dan secara tiba-tiba sahaja,
seolah-olah ada angin lalu di hadapan saya,”
Datin Mastura berkata lagi, beliau terus rasa
bertenaga dan tidak dahaga sehinggakan pemandunya tadi bertanya kepada saya, “Datin
dah minum ke?,’. Beliau menjawab masih
lagi berpuasa dan pemandunya hairan kerana wajah Datin Mastura segar, jauh
berbeza dari keadaan sebelum ini.
Satu lagi perkara misteri yang berlaku
selepas kejadian nahas helikopter terhempas itu, seorang teman rapat mendapat
mimpi lokasi mayat Allahyarham.
“You won’t find him there. Kamu (para penyelamat) perlu ke Sungai Lingga
and yes, tidak lama selepas itu, mereka jumpa mayat Arwah di situ (sekitar Sungai
Lingga)”, jelas Datin Mastura kepada Nancy dan Douglas.
Datin Mastura redha dengan ketentuan Ilahi
dan percaya semua yang terjadi ada hikmah-Nya.
Kejadian misteri ketika 5 Mei 2016 #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
9:00 AM
Rating:
No comments