Bicara ikhlas pakcik Megat #PRKKualaKangsar
Ketika skuad Cerita Malaysia sedang meninjau perang poster dan bendera parti-parti yang berkempen sempena PRK P.067 di kawasan Bukit Chandan, kelihatan seorang pakcik tua yang turut sedang kusyuk mengambil gambar suasana tersebut. Volkswagen lama berwarna merah miliknya diletak di tepi bahu jalan.
Kami menegur pakcik itu, bertanya jika kami boleh bertanyakan dua tiga soalan. Pada mulanya, beliau agak segan kerana tidak pernah lagi 'masuk tv'. Tetapi selepas kami jelaskan siapa dan tujuan kami, akhirnya pakcik tersebut bersetuju.
Apabila berborak dengan pakcik yang bernama Megat Ahmad itu, kami dapat merasakan keikhlasan daripada nada suaranya dan tiap perkataan yang diluahkannya. Dia yang berumur 82 tahun itu merupakan pesara swasta, berketurunan Megat Tarawih yang berasal dari Kota Lama Kiri Kanan, Kuala Kangsar, Perak.
Kami bertanyakan pendapat pakcik Megat mengenai calon Barisan Nasional, Datin Mastura, ini jawapannya:
"Mastura ni datang daripada negeri (Negeri Sembilan) tetapi dia dah lama di sini. Calon yang lain tu hijau ke, yang kuning (oren) tu ke, mana datang mereka? Yang kuning tuh orang sini, sebenarnya orang sini tapi bukan duduk di sini. Jarang-jarang dia di sini. Tapi dalam manifesto tu dia mengaku dia orang sini la. Keturunan Megat Tarawih juga la tapi saya tak pernah nampak dia pun. Sekarang ni baru nampak gambarnya. Orangnya tak tengok. Serupa juga dengan yang hijau tu. Setahu saya kerja di Ipoh, bukak klinik, entah bila masa dia nak datang ke mari (Kuala Kangsar), nak pergi selok-belok kampung-kampung di sini?."
"Cuma Mastura seorang je yang boleh, saya pun harap dia boleh dapat (menang) la," tambah pakcik Megat.
Bicara ikhlas pakcik Megat #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
8:00 AM
Rating:
No comments