VIDEO: Tiada masalah Datin Mastura jadi calon!

Tidak wujud masalah Datin Mastura bertanding sebagai calon!

Itulah yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai desas-desus Datin Mastura tidak layak bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar P.067 kerana berada dalam keadaan edah.

Malah, situasi tersebut telah pun disahkan sendiri oleh Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria yang merupakan Mufti Perak.  Menurutnya, Datin Mastura BOLEH bertanding sebagai calon tetapi pada masa yang sama HARUS patuh kepada hukum agama Islam iaitu untuk tidak keluar selama 4 bulan 10 hari termasuklah ketika musim kempen sedang berjalan.

"Kalau calon tidak boleh muncul tapi boleh bertanding, ertinya yang harus bergerak adalah jenteranya," tambahnya lagi.





VIDEO: Tiada masalah Datin Mastura jadi calon! VIDEO:  Tiada masalah Datin Mastura jadi calon! Reviewed by CheritaMalaysia on 10:30 PM Rating: 5

No comments