Mereka Seperti Bapa Mereka....


Anak-anak calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd. Yazid iaitu Wan Emir Astar, Wan Iskandar, dan Wan Muhammad Amar diterima penduduk kampung kerana perwatakan seperti Allahyarham bapa mereka, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Orangnya baik selalu datang melihat kawasan, kini, anak-anak dia pula yang datang, saya rasa amat seronok sekali kerana mereka seperti dia,” demikian reaksi seorang warga emas, Ramlah Abdul Karim, 76, dari Kampung Kubang Udang di Kuala Kangsar.

Ketiga-tiga beradik itu berkempen bagi pihak ibu mereka, 

Kehadiran itu bukan sahaja menceriakan Ramlah, malah mengembalikan ingatannya terhadap Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Dahulu arwah selalu datang bantu penduduk. Kenduri tidak pernah tolak. Saya berharap mereka akan mencontohi sikap bapa mereka,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Emir Astar berkata, segala nasihat dan pandangan yang diberikan penduduk akan dijadikan panduan dalam meneruskan kempen mewakili ibu mereka.

“Kenangan bersama arwah dan contoh kebaikan bapa yang diceritakan oleh penduduk yang kami ziarah menjadi sumber kekuatan kami dalam berkempen mewakili ibu,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia
Sumber Foto : Perak Today
Mereka Seperti Bapa Mereka.... Mereka Seperti Bapa Mereka.... Reviewed by CheritaMalaysia on 9:30 PM Rating: 5

No comments